[24/10/2026] JELAJAH HARI USAHAWAN & KOPERASI NEGERI PERAK 2026
October 22, 2026
Less than a minute
2630 Views
19 hours ago
Bahang kemeriahan Jelajah Hari Usahawan dan Koperasi Negeri Perak 2026 Daerah Kampar semakin terasa!
Pada 𝟐𝟒 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 nanti, 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐚𝐫 bakal menjadi lokasi pertemuan usahawan, koperasi, agensi kerajaan, institusi kewangan dan komuniti setempat dalam satu program yang penuh dengan pelbagai pengisian menarik.
Untuk usahawan dan peniaga, manfaatkan peluang untuk mendapatkan informasi, khidmat bimbingan serta berurusan terus dengan agensi dan pihak berkaitan.
Untuk orang ramai, singgahlah memeriahkan suasana sambil melihat dan mendapatkan produk usahawan serta koperasi tempatan!
Dan jangan lupa, ada juga pelbagai aktiviti yang boleh anda sertai sepanjang program!
Pameran agensi kerajaan dan bank
Pembukaan akaun bank
Pendaftaran SSM
Jualan produk usahawan dan koperasi
Pendaftaran koperasi
Jualan Madani Koperasi
Pelbagai cabutan bertuah
Pendaftaran & kemaskini Sistem Maklumat Usahawan Perak
Gunting rambut 𝐏𝐄𝐑𝐂𝐔𝐌𝐀 untuk 50 pengunjung terawal!