Semakan Keputusan Permohonan Geran Usahawan Perak boleh dibuat mulai 31 Ogos 2025 (Ahad), jam 8.00 malam melalui Sistem Maklumat Usahawan Negeri Perak (PERAK SME D BASE).
Segala keputusan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
Bagi usahawan yang berjaya, pembayaran geran kepada pembekal akan dibuat secara berperingkat sepanjang bulan September dan barangan boleh diambil selepas pembayaran ini diselesaikan.
Perhatian dan kerjasama semua usahawan amatlah dihargai. Sekian terima kasih.
