SYARAT PERMOHONAN GERAN USAHAWAN PERAK 2026
👉 GeRAK
Nilai Geran:Maksimum RM2,000 (One-Off)
Syarat Kelayakan
- Mempunyai SSM yang terkini berdaftar di negeri Perak dan masih sah
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 hingga 60 tahun sahaja
- Perniagaan beroperasi di negeri Perak
- Nilai jualan tidak melebihi RM100,000 setahun
- Berdaftar dengan LHDN (Nombor Pengenalan Cukai / TIN)
- Tidak pernah menerima geran GeRAK pada tahun 2023, 2024 dan 2025
- Mengemukakan penyata bank 3 bulan sebagai bukti jualan
Skop Bantuan
- Pembelian peralatan/perkhidmatan meningkatkan produktiviti
- Pendaftaran pensijilan khas
- Kursus berkaitan produktiviti
- Sistem pengurusan kewangan dan perniagaan
- Pemasaran dan pemasaran digital
- Pembungkusan dan penjenamaan produk
Tidak Dibenarkan
- Komputer, laptop, tablet dan telefon pintar
- Penghawa dingin, meja dan kerusi
- Bahan mentah perniagaan
- Bil utiliti dan gaji pekerja
- Kos penghantaran dan pemasangan
👉 GeRAK+
Nilai Geran:Maksimum RM5,000 (One-Off)
Syarat Kelayakan
- Mempunyai SSM yang terkini berdaftar di negeri Perak dan masih sah
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 hingga 60 tahun sahaja
- Perniagaan beroperasi di negeri Perak
- Nilai jualan RM100,000 hingga RM300,000 setahun
- Berdaftar dengan LHDN (Nombor Pengenalan Cukai / TIN)
- Tidak pernah menerima geran GeRAK pada tahun 2024 dan 2025
- Mengemukakan penyata bank 3 bulan sebagai bukti jualan
Skop Bantuan
- Pembelian peralatan/perkhidmatan meningkatkan produktiviti
- Pendaftaran pensijilan khas
- Kursus peningkatan kapasiti
- Pemasaran dan pemasaran digital
- Pembangunan sistem digital
- Langganan software operasi/perniagaan
- Pengubahsuaian premis untuk pensijilan
Tidak Dibenarkan
- Komputer, laptop, tablet dan telefon pintar
- Penghawa dingin, meja dan kerusi
- Bahan mentah perniagaan
- Bil utiliti dan gaji pekerja
- Kos penghantaran dan pemasangan
- Ubahsuai premis bukan untuk pensijilan
📋 Dokumen Diperlukan
- Salinan SSM yang terkini
- Salinan Kad Pengenalan
- Penyata Bank 3 Bulan
- Nombor Pengenalan Cukai (TIN)
- 3 Sebutharga bagi setiap permohonan
- Gambar hadapan premis perniagaan
📌 Pemantauan & Syarat Selepas Kelulusan
- Pemohon wajib mengisi borang pemantauan selepas 3 atau 6 bulan pembayaran dibuat
- Lawatan tapak akan dilaksanakan oleh pihak Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP)
- Peralatan yang diterima tidak boleh dijual atau dipindah milik dalam tempoh 2 tahun
- Pihak kerajaan berhak menuntut semula bayaran sekiranya berlaku pelanggaran syarat
- Penerima manfaat wajib menyertai kursus atau latihan yang dianjurkan oleh pihak STeP
