
- This program has passed.
Sesi Berkongsi Ilmu Bersama Agensi Negeri Perak
Sempena Karnival Siswa Perak Sejahtera 2.0, Dewan Panggung UPSI dimeriahkan dengan sesi perkongsian ilmu bersama agensi-agensi utama Negeri Perak. Sesi ini memberi peluang kepada peserta yang terdiri dari hampir 1,000 mahasiswa anak perak untuk mengenali peranan dan inisiatif yang disediakan oleh STeP dalam pembangunan masyarakat serta sokongan kepada usahawan muda Perak.
Panel jemputan yang bersama di sesi ini adalah En. Mohamad Rozlan bin Mohamad Razalli, Pengarah Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP); En. Megat Zarul Ekram bin Rusni, Pengurus Pendidikan Yayasan Perak; En. Fikri Junit, Pengurus Besar Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK); serta Puan Jamilah binti Zakaria, Pengarah Sekretariat Pembangunan Wanita & Masyarakat Negeri Perak (SPW). Sesi ini dikendalikan dengan lancar oleh En. Eddy selaku moderator.