📍17 November 2026 (SELASA) - Majlis Penutup Program Transformasi DNA STeP Perak: Dari Zero to Hero – Siri Coaching Level Up anjurab STeP yang dikendalikan oleh DIG Holdings Sdn. Bhd. telah dilaksanakan bertempat di M Roof Hotel, Ipoh
Program yang berlangsung selama enam (6) bulan bermula Mei 2026, dengan penyertaan seramai 25 orang usahawan ini memfokuskan kepada pembangunan kapasiti, pengukuhan minda keusahawanan serta peningkatan kompetensi peserta melalui sesi bimbingan, coaching dan perkongsian ilmu bersama mentor berpengalaman.
Majlis penutup program ini telah disempurnakan oleh En. Syed Omar Huzaimi bin Syed Ghaibi, Pengarah Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP). Turut hadir ialah Yang Berbahagia Datin Seri Is. Ira Ghani, selaku Mentor Utama dan Yang Berbahagia Prof. Dato’ Seri Is. Dr. Karl Ibrahim, selaku Mentor Program.
Sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan penglibatan peserta sepanjang program, kesemua 25 orang peserta telah menerima sijil penghargaan. Majlis turut diserikan dengan acara simbolik pemotongan pulut kuning oleh En. Syed Omar Huzaimi bin Syed Ghaibi dengan disaksikan oleh Datin Seri Ira Ghani dan Prof. Dato’ Seri Dr. Karl Ibrahim, sekali gus menandakan penutup rasmi program.
Diharapkan segala ilmu, pengalaman dan bimbingan yang diperoleh sepanjang enam bulan ini dapat dimanfaatkan oleh para peserta dalam memperkukuh pengurusan perniagaan, meningkatkan daya saing serta memacu pertumbuhan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi.
STeP komited dalam menyokong pembangunan usahawan Perak yang berdaya maju, berdaya saing dan berpotensi untuk berkembang ke peringkat yang lebih tinggi.
Nilai prestasi kewangan sesebuah syarikat dengan lebih yakin melalui Financial Comparison SSM!
Financial Comparison SSM menyediakan maklumat berikut: ✅ Perbandingan penyata kewangan syarikat ✅ Analisis trend kewangan mengikut tahun ✅ Petunjuk prestasi utama meliputi aset, liabiliti, ekuiti, hasil dan untung ✅ Maklumat yang dihasilkan daripada penyata kewangan beraudit
Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada:
𝐘𝐁 𝐃𝐚𝐭𝐨' 𝐒𝐚𝐧𝐝𝐫𝐞𝐚 𝐍𝐠 𝐒𝐡𝐲 𝐂𝐡𝐢𝐧𝐠 Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan
𝐘𝐁𝐡𝐠. 𝐃𝐚𝐭𝐨' 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐀𝐳𝐡𝐚𝐫 𝐛𝐢𝐧 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐘𝐮𝐬𝐨𝐟 Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC)
Atas pengurniaan 𝐃𝐚𝐫𝐣𝐚𝐡 𝐃𝐚𝐭𝐨' 𝐏𝐚𝐝𝐮𝐤𝐚 𝐌𝐚𝐡𝐤𝐨𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤 (𝐃𝐏𝐌𝐏) yang membawa gelaran 𝐃𝐚𝐭𝐨’
Pengurniaan darjah kebesaran ini merupakan satu pengiktirafan tertinggi terhadap jasa, sumbangan dan komitmen cemerlang dalam perkhidmatan serta pembangunan negeri Perak.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh khidmat bakti, memacu kecemerlangan dan menyumbang kepada kemajuan serta kesejahteraan negeri Perak.
𝐈𝐤𝐡𝐥𝐚𝐬 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 Seluruh warga Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP).
📍 14 November 2026 (Sabtu) | Dewan Semai Bakti A, Gunung Besout
Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) telah dijemput untuk membuka ruang reruai di Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat X Jelajah Parlimen Tanjung Malim yang berlangsung di Dewan Semai Bakti A, Gunung Besout.
Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan penggunaan internet secara selamat, bijak dan bertanggungjawab, di samping memberi pendedahan mengenai ancaman siber seperti penipuan dalam talian, penyalahgunaan maklumat peribadi dan jenayah siber. Program ini turut menjadi platform mendekatkan perkhidmatan serta inisiatif kerajaan kepada komuniti setempat.
Program ini dirasmikan oleh YB Datuk Chang Lih Kang, Ahli Parlimen Tanjung Malim merangkap Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Sesi penyampaian sumbangan wang tunai kepada tujuh (7) buah sekolah di kawasan FELDA Besout melalui penyerahan replika cek (mock cheque) turut dilaksanakan selain sesi penyerahan sumbangan sebuah ambulans kepada Pejabat Kesihatan Daerah Batang Padang bagi meningkatkan kemudahan perkhidmatan kesihatan dan kesejahteraan komuniti setempat.
Penyertaan STeP pula memberi peluang untuk mendekati masyarakat usahawan serta menyebarluaskan maklumat berkaitan inisiatif, peluang dan sokongan keusahawanan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Perak kepada usahawan dan komuniti setempat.
Turut hadir ialah En. Shahariman bin Dollah Hashim, Pengarah FELDA Wilayah Trolak; En. Hairudin Mohamed Zin, Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC); YBrs. Dr. Punita a/p Manoharan, Pegawai Kesihatan Daerah Batang Padang; En. Mohamad Halmi bin Miswan, Timbalan Pegawai Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang serta ketua-ketua jabatan dan agensi, wakil persatuan, NGO dan masyarakat setempat.
Semoga usaha seumpama ini akan terus memperkukuh kerjasama antara agensi dan komuniti ke arah melahirkan masyarakat celik digital, berpengetahuan serta sejahtera.
STeP – Memperkasa Usahawan, Memacu Ekonomi Perak! 💚
Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada:
YBhg. Dato' Halizah binti Sipun Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak (UPEN).
YBhg. Dato' Zamakhshari bin Hanipah Datuk Bandar Ipoh.
YBhg. Dato' Ir. Zamri bin Mat Kasim Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak.
YBhg. Dato' Ir. Lokman bin Abd Rahim Pengurus Besar Lembaga Air Perak.
Atas pengurniaan Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Dato'.
Pengurniaan darjah kebesaran ini merupakan satu pengiktirafan terhadap jasa, sumbangan serta komitmen cemerlang dalam perkhidmatan dan pembangunan negeri Perak.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus menabur bakti, memacu kecemerlangan dan menyumbang kepada kemakmuran serta kesejahteraan negeri Perak.
Ikhlas daripada seluruh warga Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP).
STeP TURUN PADANG: DEKATI USAHAWAN, PERKASA PERNIAGAAN
📍12 November 2026, Tanjung Malim, Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) berkesempatan mengunjungi premis Nasi Kandaq Melayu bagi melihat sendiri operasi perniagaan, pengurusan premis serta perkembangan perusahaan yang diusahakan.
Lawatan ini dibuat untuk memahami perjalanan perniagaan serta mengenal pasti potensi yang boleh diperkembangkan. 🤝
Sesi ini juga turut membuka ruang untuk berkongsi pandangan, mendengar pengalaman dan memahami cabaran yang dihadapi oleh usahawan dalam mengembangkan perniagaan.
STeP akan terus komited mendekati usahawan serta menjadi pemangkin kepada pembangunan dan kemajuan usahawan Negeri Perak.
Sejak penubuhan Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) bermula pada 1 Oktober 2020, terdapat enam teras yang digariskan oleh agensi ini bagi memperkasakan usahawan PMKS di negeri Perak ini. STeP sentiasa komited untuk melaksanakan pelbagai progam, inisiatif serta usaha bagi membantu pembangunan ekosistem keusahawanan yang lebih komprehensif, mampan dan berimpak tinggi.
6 teras tersebut adalah:
1️⃣Program Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan Usahawan PMKS Negeri Perak yang berfokuskan kepada latihan, bimbingan, bengkel dan kursus.
2️⃣Program Penyebaran Maklumat Bantuan Usahawan PMKS Negeri Perak yang berkonsepkan elemen turun padang melalui penglibatan rakan strategik.
3️⃣Program Pembudayaan Keusahawanan Negeri Perak melibatkan pelajar sekolah rendah, sekolah menengah serta mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi.
4️⃣Program Bantuan Kewangan dan Bukan Kewangan seperti Geran Usahawan Perak Sejahtera (GeRAK)
5️⃣Program Perluasan Pasaran Produk, Perkhidmatan dan Eksport PMKS Negeri Perak sama ada di peringkat domestik mahupun peringkat antarabangsa.
6️⃣Program Kerjasama Strategik Bersama Pelbagai Kementerian/Jabatan/Agensi
Justeru,STeP sentiasa bergerak seiring dengan perkembangan semasa bagi melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya saing, inovatif serta mampu menembusi pasaran yang lebih luas. STeP akan sentiasa komited memperkukuh ekosistem keusahawanan dan pembangunan usahawan PMKS di negeri Perak selari dengan Pelan Perak Sejahtera 2030.
#excowakeUP #STePPerak #foloagensiusahawanrapat #jombantuusahawan #PerakSejahtera2030 ... See MoreSee Less
KUNJUNGAN HORMAT & PERBINCANGAN KOLABORASI STRATEGIK MY BUSINESS 360° BERSAMA STeP PERAK
Sekretariat My Business 360° telah mengadakan kunjungan hormat kepada Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) bagi meneroka potensi kolaborasi strategik dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan serta memperkasa pembangunan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di Negeri Perak.
Delegasi My Business 360° diketuai oleh Puan Tina Tajuddin, Pengasas TAJ International College (TIC), bersama Cik Wahida dan Cik Raihana. Delegasi telah disambut oleh Puan Haslinda, wakil kepada Pengarah Sekretariat Usahawan Negeri Perak.
Antara fokus utama perbincangan ialah cadangan penganjuran Seminar My Business 360°, sebuah inisiatif yang dirangka untuk menghimpunkan agensi kerajaan, pemain industri, organisasi profesional, NGO serta usahawan berpengalaman dalam satu platform perkongsian ilmu dan jaringan strategik.
Seminar ini turut dicadangkan sebagai platform kupasan strategik Belanjawan 2027, khususnya dalam menterjemahkan dasar, peruntukan, insentif serta inisiatif pembangunan ekonomi kerajaan kepada maklumat yang relevan, mudah difahami dan boleh dimanfaatkan oleh komuniti perniagaan.
Pendekatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada seluruh ekosistem keusahawanan dan industri, merangkumi usahawan mikro, kecil, sederhana (PMKS), syarikat korporat serta pemain industri, mengenai peluang pembiayaan, geran, insentif, pembangunan kapasiti dan potensi kerjasama yang bersesuaian dengan keperluan serta skala perniagaan masing-masing.
Melalui pendekatan pembangunan perniagaan secara holistik, My Business 360° turut memberi penekanan kepada aspek pengurusan dan tadbir urus, pengurusan kewangan, akses pembiayaan, transformasi digital, pembangunan modal insan, peluasan pasaran serta pengukuhan jaringan industri.
Lebih daripada sekadar seminar, My Business 360° beraspirasi menjadi platform penghubung strategik antara dasar kerajaan, agensi pelaksana, institusi pembiayaan, pemain industri dan komuniti usahawan, sekali gus membantu perniagaan meningkatkan kapasiti, memperkukuh daya saing dan merealisasikan peluang pertumbuhan secara mampan.
Perbincangan ini merupakan langkah awal ke arah meneroka potensi sinergi antara My Business 360° dan STeP dalam menyokong agenda pembangunan keusahawanan serta pertumbuhan ekonomi Negeri Perak.
📍 3 November 2026 – Bengkel Go Halal Perak Sejahtera 2026 yang berlangsung selama dua (2) hari bertempat di Pusat Latihan PASAK, Ipoh telah melabuhkan tirainya dengan jayanya.
Program strategik ini telah disertai seramai 33 orang usahawan tempatan yang komited dalam memperkukuh standard perniagaan masing-masing serta meningkatkan kesediaan untuk mendapatkan pensijilan halal.
Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta telah diberikan bimbingan secara langsung oleh pegawai daripada Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) berhubung kaedah, keperluan dan prosedur permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Sesi turut memberi penekanan kepada aspek praktikal melalui proses permohonan secara dalam talian, dengan setiap peserta diwajibkan membawa komputer riba bagi membolehkan proses permohonan dilaksanakan secara langsung.
Pelaksanaan program ini merupakan hasil sinergi strategik antara Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP), PASAK, Bahagian Pengurusan Halal JAIPk dan SAF Glocal dalam memperkasa lebih ramai usahawan tempatan untuk meneroka peluang serta meningkatkan daya saing dalam industri halal yang semakin berkembang.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua usahawan yang telah menyertai bengkel ini. Semoga ilmu dan bimbingan yang diperoleh menjadi pemangkin kepada usaha mendapatkan pensijilan halal, memperluas akses pasaran serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri Perak yang lebih mampan dan sejahtera.
Penganjuran program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu keganasan terhadap wanita serta menyeru semua pihak untuk bersama-sama berganding bahu mewujudkan persekitaran yang selamat, harmoni, saling menghormati dan bebas daripada sebarang bentuk keganasan. Penyertaan dan sokongan pelbagai pihak mencerminkan komitmen bersama dalam memperjuangkan hak, keselamatan dan kesejahteraan wanita, selain membuktikan bahawa usaha membanteras keganasan terhadap wanita memerlukan kerjasama serta tanggungjawab seluruh lapisan masyarakat.
Semoga penganjuran program seumpama ini terus menjadi platform untuk menyemarakkan kesedaran, memperkukuh solidariti dan menggalakkan masyarakat agar tidak berdiam diri dalam menangani sebarang bentuk keganasan terhadap wanita.
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐃𝐍𝐀 𝐒𝐓𝐞𝐏 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊: 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐙𝐄𝐑𝐎 𝐓𝐎 𝐇𝐄𝐑𝐎 – 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝐂𝐎𝐀𝐂𝐇𝐈𝐍𝐆 𝐋𝐄𝐕𝐄𝐋 𝐔𝐏
📍17 November 2026 (SELASA) - Majlis Penutup Program Transformasi DNA STeP Perak: Dari Zero to Hero – Siri Coaching Level Up anjurab STeP yang dikendalikan oleh DIG Holdings Sdn. Bhd. telah dilaksanakan bertempat di M Roof Hotel, Ipoh
Program yang berlangsung selama enam (6) bulan bermula Mei 2026, dengan penyertaan seramai 25 orang usahawan ini memfokuskan kepada pembangunan kapasiti, pengukuhan minda keusahawanan serta peningkatan kompetensi peserta melalui sesi bimbingan, coaching dan perkongsian ilmu bersama mentor berpengalaman.
Majlis penutup program ini telah disempurnakan oleh En. Syed Omar Huzaimi bin Syed Ghaibi, Pengarah Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP). Turut hadir ialah Yang Berbahagia Datin Seri Is. Ira Ghani, selaku Mentor Utama dan Yang Berbahagia Prof. Dato’ Seri Is. Dr. Karl Ibrahim, selaku Mentor Program.
Sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan penglibatan peserta sepanjang program, kesemua 25 orang peserta telah menerima sijil penghargaan.
Majlis turut diserikan dengan acara simbolik pemotongan pulut kuning oleh En. Syed Omar Huzaimi bin Syed Ghaibi dengan disaksikan oleh Datin Seri Ira Ghani dan Prof. Dato’ Seri Dr. Karl Ibrahim, sekali gus menandakan penutup rasmi program.
Diharapkan segala ilmu, pengalaman dan bimbingan yang diperoleh sepanjang enam bulan ini dapat dimanfaatkan oleh para peserta dalam memperkukuh pengurusan perniagaan, meningkatkan daya saing serta memacu pertumbuhan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi.
STeP komited dalam menyokong pembangunan usahawan Perak yang berdaya maju, berdaya saing dan berpotensi untuk berkembang ke peringkat yang lebih tinggi.
#STePPerak #DIGHoldings #TransformasiDNAUsahawan #DariZeroToHero #CoachingLevelUp #UsahawanPerak #PerakSejahtera2030 ... See MoreSee Less
INGIN MELABUR ATAU MENJALINKAN URUSAN PERNIAGAAN?
Nilai prestasi kewangan sesebuah syarikat dengan lebih yakin melalui Financial Comparison SSM!
Financial Comparison SSM menyediakan maklumat berikut:
✅ Perbandingan penyata kewangan syarikat
✅ Analisis trend kewangan mengikut tahun
✅ Petunjuk prestasi utama meliputi aset, liabiliti, ekuiti, hasil dan untung
✅ Maklumat yang dihasilkan daripada penyata kewangan beraudit
Dapatkan Company Profile anda di:
▶️ SSM e-Info
www.ssm-einfo.my
▶️ MyData SSM
www.mydata-ssm.com.my
▶️ SSM SEARCH
www.ssmsearch.com
▶️ SAFEDATA SSM
www.safedata-ssm.com
#PerniagaanAndaBermulaDiSSM ... See MoreSee Less
Foto daripada siaran Stratcomm Perak ... See MoreSee Less
𝐒𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈-𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇
Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada:
𝐘𝐁 𝐃𝐚𝐭𝐨' 𝐒𝐚𝐧𝐝𝐫𝐞𝐚 𝐍𝐠 𝐒𝐡𝐲 𝐂𝐡𝐢𝐧𝐠
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan
𝐘𝐁𝐡𝐠. 𝐃𝐚𝐭𝐨' 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐀𝐳𝐡𝐚𝐫 𝐛𝐢𝐧 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐘𝐮𝐬𝐨𝐟
Ketua Pegawai Eksekutif
Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC)
Atas pengurniaan 𝐃𝐚𝐫𝐣𝐚𝐡 𝐃𝐚𝐭𝐨' 𝐏𝐚𝐝𝐮𝐤𝐚 𝐌𝐚𝐡𝐤𝐨𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤 (𝐃𝐏𝐌𝐏) yang membawa gelaran 𝐃𝐚𝐭𝐨’
Pengurniaan darjah kebesaran ini merupakan satu pengiktirafan tertinggi terhadap jasa, sumbangan dan komitmen cemerlang dalam perkhidmatan serta pembangunan negeri Perak.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh khidmat bakti, memacu kecemerlangan dan menyumbang kepada kemajuan serta kesejahteraan negeri Perak.
𝐈𝐤𝐡𝐥𝐚𝐬 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚
Seluruh warga Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP).
#STePPerak #Tahniah #DarjahKebesaranNegeriPerak #PerakSejahtera2030 ... See MoreSee Less
Setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Tuan Shamsul Ridzuan bin Idris atas perlantikan sebagai Pengarah JPJ Negeri Perak berkuatkuasa 2 November 2026
Ikhlas Daripada:
Ketua Pengarah &
Seluruh Warga Kerja JPJ Malaysia
#jpjmalaysia
#motmalaysia
#pengarahjpjperak ... See MoreSee Less
𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐍𝐄𝐓 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐗 𝐉𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐑𝐋𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐋𝐈𝐌
📍 14 November 2026 (Sabtu) | Dewan Semai Bakti A, Gunung Besout
Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) telah dijemput untuk membuka ruang reruai di Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat X Jelajah Parlimen Tanjung Malim yang berlangsung di Dewan Semai Bakti A, Gunung Besout.
Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan penggunaan internet secara selamat, bijak dan bertanggungjawab, di samping memberi pendedahan mengenai ancaman siber seperti penipuan dalam talian, penyalahgunaan maklumat peribadi dan jenayah siber. Program ini turut menjadi platform mendekatkan perkhidmatan serta inisiatif kerajaan kepada komuniti setempat.
Program ini dirasmikan oleh YB Datuk Chang Lih Kang, Ahli Parlimen Tanjung Malim merangkap Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Sesi penyampaian sumbangan wang tunai kepada tujuh (7) buah sekolah di kawasan FELDA Besout melalui penyerahan replika cek (mock cheque) turut dilaksanakan selain sesi penyerahan sumbangan sebuah ambulans kepada Pejabat Kesihatan Daerah Batang Padang bagi meningkatkan kemudahan perkhidmatan kesihatan dan kesejahteraan komuniti setempat.
Penyertaan STeP pula memberi peluang untuk mendekati masyarakat usahawan serta menyebarluaskan maklumat berkaitan inisiatif, peluang dan sokongan keusahawanan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Perak kepada usahawan dan komuniti setempat.
Turut hadir ialah En. Shahariman bin Dollah Hashim, Pengarah FELDA Wilayah Trolak; En. Hairudin Mohamed Zin, Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC); YBrs. Dr. Punita a/p Manoharan, Pegawai Kesihatan Daerah Batang Padang; En. Mohamad Halmi bin Miswan, Timbalan Pegawai Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang serta ketua-ketua jabatan dan agensi, wakil persatuan, NGO dan masyarakat setempat.
Semoga usaha seumpama ini akan terus memperkukuh kerjasama antara agensi dan komuniti ke arah melahirkan masyarakat celik digital, berpengetahuan serta sejahtera.
STeP – Memperkasa Usahawan, Memacu Ekonomi Perak! 💚
#STePPerak #usahawanperak #InternetSelamat #suruhanjayakomunikasidanmultimediaperak #jelajahparlimentanjungmalim #PerakSejahtera2030 ... See MoreSee Less
SETINGGI-TINGGI PERHARGAAN DAN TAHNIAH
Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada:
YBhg. Dato' Halizah binti Sipun
Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak (UPEN).
YBhg. Dato' Zamakhshari bin Hanipah
Datuk Bandar Ipoh.
YBhg. Dato' Ir. Zamri bin Mat Kasim
Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak.
YBhg. Dato' Ir. Lokman bin Abd Rahim
Pengurus Besar Lembaga Air Perak.
Atas pengurniaan Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Dato'.
Pengurniaan darjah kebesaran ini merupakan satu pengiktirafan terhadap jasa, sumbangan serta komitmen cemerlang dalam perkhidmatan dan pembangunan negeri Perak.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus menabur bakti, memacu kecemerlangan dan menyumbang kepada kemakmuran serta kesejahteraan negeri Perak.
Ikhlas daripada seluruh warga Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP).
#STePPerak
#PerakSejahtera2030 ... See MoreSee Less
STeP TURUN PADANG: DEKATI USAHAWAN, PERKASA PERNIAGAAN
📍12 November 2026, Tanjung Malim,
Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) berkesempatan mengunjungi premis Nasi Kandaq Melayu bagi melihat sendiri operasi perniagaan, pengurusan premis serta perkembangan perusahaan yang diusahakan.
Lawatan ini dibuat untuk memahami perjalanan perniagaan serta mengenal pasti potensi yang boleh diperkembangkan. 🤝
Sesi ini juga turut membuka ruang untuk berkongsi pandangan, mendengar pengalaman dan memahami cabaran yang dihadapi oleh usahawan dalam mengembangkan perniagaan.
STeP akan terus komited mendekati usahawan serta menjadi pemangkin kepada pembangunan dan kemajuan usahawan Negeri Perak.
STeP – Bersama Memacu Kejayaan Usahawan Perak! 💛
#STePPerak #foloagensiusahawanrapat #usahawanperak #PerakSejahtera2030 ... See MoreSee Less
𝟔 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐒 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐏𝐌𝐊𝐒 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐒𝐄𝐊𝐑𝐄𝐓𝐀𝐑𝐈𝐀𝐓 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 (𝐒𝐓𝐞𝐏) 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐏𝐌𝐊𝐒 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊
Sejak penubuhan Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) bermula pada 1 Oktober 2020, terdapat enam teras yang digariskan oleh agensi ini bagi memperkasakan usahawan PMKS di negeri Perak ini. STeP sentiasa komited untuk melaksanakan pelbagai progam, inisiatif serta usaha bagi membantu pembangunan ekosistem keusahawanan yang lebih komprehensif, mampan dan berimpak tinggi.
6 teras tersebut adalah:
1️⃣Program Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan Usahawan PMKS Negeri Perak yang berfokuskan kepada latihan, bimbingan, bengkel dan kursus.
2️⃣Program Penyebaran Maklumat Bantuan Usahawan PMKS Negeri Perak yang berkonsepkan elemen turun padang melalui penglibatan rakan strategik.
3️⃣Program Pembudayaan Keusahawanan Negeri Perak melibatkan pelajar sekolah rendah, sekolah menengah serta mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi.
4️⃣Program Bantuan Kewangan dan Bukan Kewangan seperti Geran Usahawan Perak Sejahtera (GeRAK)
5️⃣Program Perluasan Pasaran Produk, Perkhidmatan dan Eksport PMKS Negeri Perak sama ada di peringkat domestik mahupun peringkat antarabangsa.
6️⃣Program Kerjasama Strategik Bersama Pelbagai Kementerian/Jabatan/Agensi
Justeru,STeP sentiasa bergerak seiring dengan perkembangan semasa bagi melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya saing, inovatif serta mampu menembusi pasaran yang lebih luas. STeP akan sentiasa komited memperkukuh ekosistem keusahawanan dan pembangunan usahawan PMKS di negeri Perak selari dengan Pelan Perak Sejahtera 2030.
#excowakeUP
#STePPerak
#foloagensiusahawanrapat
#jombantuusahawan
#PerakSejahtera2030 ... See MoreSee Less
Foto daripada siaran Saarani Mohamad ... See MoreSee Less
KUNJUNGAN HORMAT & PERBINCANGAN KOLABORASI STRATEGIK MY BUSINESS 360° BERSAMA STeP PERAK
Sekretariat My Business 360° telah mengadakan kunjungan hormat kepada Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) bagi meneroka potensi kolaborasi strategik dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan serta memperkasa pembangunan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di Negeri Perak.
Delegasi My Business 360° diketuai oleh Puan Tina Tajuddin, Pengasas TAJ International College (TIC), bersama Cik Wahida dan Cik Raihana. Delegasi telah disambut oleh Puan Haslinda, wakil kepada Pengarah Sekretariat Usahawan Negeri Perak.
Antara fokus utama perbincangan ialah cadangan penganjuran Seminar My Business 360°, sebuah inisiatif yang dirangka untuk menghimpunkan agensi kerajaan, pemain industri, organisasi profesional, NGO serta usahawan berpengalaman dalam satu platform perkongsian ilmu dan jaringan strategik.
Seminar ini turut dicadangkan sebagai platform kupasan strategik Belanjawan 2027, khususnya dalam menterjemahkan dasar, peruntukan, insentif serta inisiatif pembangunan ekonomi kerajaan kepada maklumat yang relevan, mudah difahami dan boleh dimanfaatkan oleh komuniti perniagaan.
Pendekatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada seluruh ekosistem keusahawanan dan industri, merangkumi usahawan mikro, kecil, sederhana (PMKS), syarikat korporat serta pemain industri, mengenai peluang pembiayaan, geran, insentif, pembangunan kapasiti dan potensi kerjasama yang bersesuaian dengan keperluan serta skala perniagaan masing-masing.
Melalui pendekatan pembangunan perniagaan secara holistik, My Business 360° turut memberi penekanan kepada aspek pengurusan dan tadbir urus, pengurusan kewangan, akses pembiayaan, transformasi digital, pembangunan modal insan, peluasan pasaran serta pengukuhan jaringan industri.
Lebih daripada sekadar seminar, My Business 360° beraspirasi menjadi platform penghubung strategik antara dasar kerajaan, agensi pelaksana, institusi pembiayaan, pemain industri dan komuniti usahawan, sekali gus membantu perniagaan meningkatkan kapasiti, memperkukuh daya saing dan merealisasikan peluang pertumbuhan secara mampan.
Perbincangan ini merupakan langkah awal ke arah meneroka potensi sinergi antara My Business 360° dan STeP dalam menyokong agenda pembangunan keusahawanan serta pertumbuhan ekonomi Negeri Perak.
Memperkasa Usahawan. Menghubungkan Peluang. Memacu Pertumbuhan.
#MyBusiness360° #STePPerak #Belanjawan2027 #UsahawanPerak #PMKS #PemainIndustri #KolaborasiStrategik #PerakSejahtera2030 ... See MoreSee Less
BENGKEL GO HALAL PERAK SEJAHTERA 2026
📍 3 November 2026 – Bengkel Go Halal Perak Sejahtera 2026 yang berlangsung selama dua (2) hari bertempat di Pusat Latihan PASAK, Ipoh telah melabuhkan tirainya dengan jayanya.
Program strategik ini telah disertai seramai 33 orang usahawan tempatan yang komited dalam memperkukuh standard perniagaan masing-masing serta meningkatkan kesediaan untuk mendapatkan pensijilan halal.
Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta telah diberikan bimbingan secara langsung oleh pegawai daripada Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) berhubung kaedah, keperluan dan prosedur permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Sesi turut memberi penekanan kepada aspek praktikal melalui proses permohonan secara dalam talian, dengan setiap peserta diwajibkan membawa komputer riba bagi membolehkan proses permohonan dilaksanakan secara langsung.
Pelaksanaan program ini merupakan hasil sinergi strategik antara Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP), PASAK, Bahagian Pengurusan Halal JAIPk dan SAF Glocal dalam memperkasa lebih ramai usahawan tempatan untuk meneroka peluang serta meningkatkan daya saing dalam industri halal yang semakin berkembang.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua usahawan yang telah menyertai bengkel ini. Semoga ilmu dan bimbingan yang diperoleh menjadi pemangkin kepada usaha mendapatkan pensijilan halal, memperluas akses pasaran serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri Perak yang lebih mampan dan sejahtera.
#step #pasak #JaiPk #safglocal #PembangunanUsahawan #industrihalal #EkonomiMADANI #PerakSejahtera ... See MoreSee Less
𝑳𝑬𝑵𝑺𝑨 𝑶𝑹𝑨𝑵𝑮𝑬 𝑹𝑼𝑵: 𝑺𝑨𝑻𝑼 𝑳𝑨𝑵𝑮𝑲𝑨𝑯, 𝑺𝑨𝑻𝑼 𝑺𝑼𝑨𝑹𝑨
31 Oktober 2026 (Sabtu), Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh
𝑷𝒓𝒐𝒈𝒓𝒂𝒎 𝑶𝒓𝒂𝒏𝒈𝒆 𝑹𝒖𝒏: 𝑺𝒂𝒕𝒖 𝑳𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂𝒉, 𝑺𝒂𝒕𝒖 𝑺𝒖𝒂𝒓𝒂 𝒔𝒆𝒎𝒑𝒆𝒏𝒂 𝑲𝒆𝒎𝒑𝒆𝒏 𝑯𝒆𝒏𝒕𝒊𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒈𝒂𝒏𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑻𝒆𝒓𝒉𝒂𝒅𝒂𝒑 𝑾𝒂𝒏𝒊𝒕𝒂 𝑷𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈𝒌𝒂𝒕 𝑵𝒆𝒈𝒆𝒓𝒊 𝑷𝒆𝒓𝒂𝒌 𝑻𝒂𝒉𝒖𝒏 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝒂𝒏𝒋𝒖𝒓𝒂𝒏 𝑺𝒆𝒌𝒓𝒆𝒕𝒂𝒓𝒊𝒂𝒕 𝑷𝒆𝒎𝒃𝒂𝒏𝒈𝒖𝒏𝒂𝒏 𝑾𝒂𝒏𝒊𝒕𝒂 𝒅𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒔𝒚𝒂𝒓𝒂𝒌𝒂𝒕 𝒕𝒆𝒍𝒂𝒉 𝒃𝒆𝒓𝒋𝒂𝒚𝒂 𝒅𝒊𝒍𝒂𝒌𝒔𝒂𝒏𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒅𝒊 𝑻𝒂𝒎𝒂𝒏 𝑹𝒆𝒌𝒓𝒆𝒂𝒔𝒊 𝑺𝒖𝒍𝒕𝒂𝒏 𝑨𝒃𝒅𝒖𝒍 𝑨𝒛𝒊𝒛, 𝑰𝒑𝒐𝒉. 𝑷𝒓𝒐𝒈𝒓𝒂𝒎 𝒊𝒏𝒊 𝒕𝒆𝒍𝒂𝒉 𝒅𝒊𝒓𝒂𝒔𝒎𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒀𝒂𝒏𝒈 𝑩𝒆𝒓𝒉𝒐𝒓𝒎𝒂𝒕 𝑫𝒂𝒕𝒐' 𝑺𝒂𝒍𝒃𝒊𝒂𝒉 𝒃𝒊𝒏𝒕𝒊 𝑴𝒐𝒉𝒂𝒎𝒆𝒅, 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒆𝒓𝒖𝒔𝒊 𝑱𝒂𝒘𝒂𝒕𝒂𝒏𝒌𝒖𝒂𝒔𝒂 𝑷𝒆𝒎𝒃𝒂𝒏𝒈𝒖𝒏𝒂𝒏 𝑾𝒂𝒏𝒊𝒕𝒂, 𝑲𝒆𝒍𝒖𝒂𝒓𝒈𝒂, 𝑲𝒆𝒃𝒂𝒋𝒊𝒌𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒔𝒚𝒂𝒓𝒂𝒌𝒂𝒕, 𝑷𝒆𝒎𝒃𝒂𝒏𝒈𝒖𝒏𝒂𝒏 𝑼𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝑲𝒐𝒑𝒆𝒓𝒂𝒔𝒊 𝑵𝒆𝒈𝒆𝒓𝒊 𝑷𝒆𝒓𝒂𝒌. 𝑷𝒓𝒐𝒈𝒓𝒂𝒎 𝒊𝒏𝒊 𝒕𝒖𝒓𝒖𝒕 𝒅𝒊𝒉𝒂𝒅𝒊𝒓𝒊 𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒀𝒂𝒏𝒈 𝑩𝒆𝒓𝒉𝒐𝒓𝒎𝒂𝒕 𝑷𝒖𝒂𝒏 𝑺𝒂𝒍𝒊𝒏𝒂 𝒃𝒊𝒏𝒕𝒊 𝑺𝒂𝒎𝒔𝒖𝒅𝒊𝒏, 𝑨𝒉𝒍𝒊 𝑫𝒆𝒘𝒂𝒏 𝑼𝒏𝒅𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑵𝒆𝒈𝒆𝒓𝒊 (𝑨𝑫𝑼𝑵) 𝑩𝒆𝒉𝒓𝒂𝒏𝒈, 𝒀𝒂𝒏𝒈 𝑩𝒆𝒓𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂 𝑷𝒖𝒂𝒏 𝑱𝒂𝒎𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒃𝒊𝒏𝒕𝒊 𝒁𝒂𝒌𝒂𝒓𝒊𝒂, 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒂𝒓𝒂𝒉 𝑺𝒆𝒌𝒓𝒆𝒕𝒂𝒓𝒊𝒂𝒕 𝑷𝒆𝒎𝒃𝒂𝒏𝒈𝒖𝒏𝒂𝒏 𝑾𝒂𝒏𝒊𝒕𝒂 𝒅𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒔𝒚𝒂𝒓𝒂𝒌𝒂𝒕 𝑵𝒆𝒈𝒆𝒓𝒊 𝑷𝒆𝒓𝒂𝒌, 𝒀𝒂𝒏𝒈 𝑩𝒆𝒓𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂 𝑪𝒊𝒌 𝑲𝒂𝒗𝒂𝒓𝒂𝒎𝒎𝒂 𝑺𝒖𝒃𝒓𝒂𝒎𝒂𝒏𝒊𝒚𝒂𝒎, 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒂𝒓𝒂𝒉 𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 𝑷𝒆𝒎𝒃𝒂𝒏𝒈𝒖𝒏𝒂𝒏 𝑾𝒂𝒏𝒊𝒕𝒂 𝑵𝒆𝒈𝒆𝒓𝒊 𝑷𝒆𝒓𝒂𝒌, 𝒀𝒂𝒏𝒈 𝑩𝒆𝒓𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂 𝑬𝒏𝒄𝒊𝒌 𝒁𝒖𝒍𝒉𝒊𝒔𝒉𝒂𝒎 𝒃𝒊𝒏 𝑨𝒉𝒎𝒂𝒅 𝑺𝒉𝒖𝒌𝒐𝒓𝒊, 𝑷𝒆𝒈𝒂𝒘𝒂𝒊 𝑫𝒂𝒆𝒓𝒂𝒉 𝑲𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒔𝒆𝒓𝒕𝒂 𝒌𝒆𝒕𝒖𝒂-𝒌𝒆𝒕𝒖𝒂 𝒅𝒂𝒏 𝒘𝒂𝒌𝒊𝒍 𝒅𝒂𝒓𝒊𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒋𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒂𝒈𝒆𝒏𝒔𝒊 𝒕𝒆𝒓𝒎𝒂𝒔𝒖𝒌 𝒅𝒂𝒓𝒊𝒑𝒂𝒅𝒂 𝑺𝒆𝒌𝒓𝒆𝒕𝒂𝒓𝒊𝒂𝒕 𝑼𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝒂𝒏 𝑵𝒆𝒈𝒆𝒓𝒊 𝑷𝒆𝒓𝒂𝒌 (𝑺𝑻𝒆𝑷).
Penganjuran program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu keganasan terhadap wanita serta menyeru semua pihak untuk bersama-sama berganding bahu mewujudkan persekitaran yang selamat, harmoni, saling menghormati dan bebas daripada sebarang bentuk keganasan. Penyertaan dan sokongan pelbagai pihak mencerminkan komitmen bersama dalam memperjuangkan hak, keselamatan dan kesejahteraan wanita, selain membuktikan bahawa usaha membanteras keganasan terhadap wanita memerlukan kerjasama serta tanggungjawab seluruh lapisan masyarakat.
Semoga penganjuran program seumpama ini terus menjadi platform untuk menyemarakkan kesedaran, memperkukuh solidariti dan menggalakkan masyarakat agar tidak berdiam diri dalam menangani sebarang bentuk keganasan terhadap wanita.
#excowakeUP
#STePPerak
#hentikankeganasanwanita
#solidaritiwanita
#PerakSejahtera2030 ... See MoreSee Less
Foto daripada siaran Salina Samsudin ... See MoreSee Less
Foto daripada siaran Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Perak Caw. Daerah Kinta ... See MoreSee Less