October 23, 2026
TERKINI

[24/10/2026] JELAJAH HARI USAHAWAN & KOPERASI NEGERI PERAK 2026

Bahang kemeriahan Jelajah Hari Usahawan dan Koperasi Negeri Perak 2026 Daerah Kampar semakin terasa! 🤩

Pada 𝟐𝟒 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 nanti, 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐚𝐫 bakal menjadi lokasi pertemuan usahawan, koperasi, agensi kerajaan, institusi kewangan dan komuniti setempat dalam satu program yang penuh dengan pelbagai pengisian menarik.

💼 Untuk usahawan dan peniaga, manfaatkan peluang untuk mendapatkan informasi, khidmat bimbingan serta berurusan terus dengan agensi dan pihak berkaitan.

🛍️ Untuk orang ramai, singgahlah memeriahkan suasana sambil melihat dan mendapatkan produk usahawan serta koperasi tempatan!

Dan jangan lupa, ada juga pelbagai aktiviti yang boleh anda sertai sepanjang program! 👇

🏢 Pameran agensi kerajaan dan bank

🏦 Pembukaan akaun bank

📝 Pendaftaran SSM

🛍️ Jualan produk usahawan dan koperasi

🤝 Pendaftaran koperasi

🍽️ Jualan Madani Koperasi

🎁 Pelbagai cabutan bertuah

💻 Pendaftaran & kemaskini Sistem Maklumat Usahawan Perak

✂️ Gunting rambut 𝐏𝐄𝐑𝐂𝐔𝐌𝐀 untuk 50 pengunjung terawal!

📅 𝟐𝟒 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐒𝐀𝐁𝐓𝐔)

⏰ 𝟗.𝟎𝟎 𝐏𝐀𝐆𝐈 – 𝟔.𝟎𝟎 𝐏𝐄𝐓𝐀𝐍𝐆

📍 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐀𝐑, 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐀𝐑

📢 Simpan tarikh, ajak keluarga dan kawan-kawan.